aphics.net/wiggle/l.gif" border=0>

Rabu, 14 Disember 2011

ARYL SHUFFLER

selamat kawan ku x mudah ku pergi...bila wajahmu sentiasa di hati...hhmmm....xntah laahh nak ckp pew...

Bagai Pipit Mencari Enggang :D

Sukar untuk aku deklamasikan dengan kata-kata yang penuh makna tersirat.. Keinginan dan kemahuan yang tidak tahu puncanya. Setelah aku terlihat laman website ini. Hati aku bergelora bagai mahukan perkara itu menjadi milikku. Namun aku sedar siapalah diri aku ini yang tidak punya apa-apa. Aku tidak sempurna seperti mereka namun kucuba untuk bangun dan menjadi lebih sempurna walaupun hakikatnya manusia memang tidak sempurna melainkan Rasul2.. Entahlaaa! susah untuk aku ungkapkan dengan perkataan alphabet2 ni. Aku memenggang kata2 Allah bahawasanya Dia tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan seseorang itu sendiri mengubah nasib mereka, Sesungguhnya ya Allah harapan ku begitu menggunung tinggi. Rendahnya aku di mata mereka, tapi besarnya cita2 ku dimata Engkau wahai tuhanku Yang Maha Kuasa kerana aku tahu Kau lah Penggubal segala2 nya.. Subhanallah :D Tiada yang benar melainkan yang benar2 belaka. Doakan aku mencapai apa yang selama ini ku damba<3

Grits - My Life Be Like (Ooh-Aah)

ARYL AND THE GENG TERbAeK wokkkk

Senyum itu sedekah, senyum itu awet muda, senyum itu kemesraan, senyum itu pengikat sahabat, senyum itu penambah kasih, senyum itu pelaris jualan, senyum itu pengiktirafan, senyum juga pemanis wajah, senyum menambahkan kecantikan dan yang pastinya senyuman itu membawa kebaikan.

Senyum juga perlu dimasukkan roh ikhlas, senyum ikhlas adalah senyum kerana Allah, senyum kerana menyahut perintah Allah dan R
asul. Orang Islam disuruh senyum dan dilarang sombong dan sombong diri.

KEALPAAN :D


Kita lupa kan siapa yang mencipta kita? Kita juga lupakan siapa yang melahirkan kita? Kita lupa siapa yang memberi kita wang untuk kita gunakan hari-2 di sekolah? Dan Kita lupa siapa diri kita? Betulkan semua itu?? perseolan yang belum kita terungkai dimana silapnya. Manusia zaman sekarang semakin lama semakin alpa dengan apa yang mereka miliki, atas dasar apa mereka hidup di dunia, tanpa memikirkan bahawa dunia hanyalah pinjaman sementara. Nama aje islam, tapi bila kita lihat dari segi fizikal segalanya seperti dusta. Islam ape macam ni kan, nama sedap dah tapi pakaian tu melambangkan ape? Apa pandangan masyarakat luar sana kalau mereka mendapati orang islam bukan baik yang disangkakan. Kenyataan ini jelas terbukti bahawa kita berada di akhir zaman dimana zaman itu adalah zaman jahiliah. Zaman yang penuh dengan kekufuran. Pakai tudung lawa dah tapi baju pendek? Aurat itu sesuatu yang wajib untuk kita menjagainya, anggaplah aurat itu satu amanah yang diberikan oleh Allah untuk kita pelihara. Megahh sangat manusia la ni, tayang rambut sana sini, pakai baju seksi sana sini. Macamana kaum adam x terangsang ? ini semua puncanya datang dari perempuan juga, memang Allah amanah kan lelaki yang berkeutama menudukkan pandangan supaya mengelakan dari fitnah dunia. Tetapi takkan la kot mereka orang lelaki ni hendak menundukkan pandangan mereka saja sampai ke ufuk selatan , ye lahh sebab perempuan sekarang lebih kurang 95% x tutup aurat sepenuhnya. Menutup aurat lambang peribadi seorang muslimah sejati, Yeahh! aku tahu ramai orang di luar sana akan menidakkan apa yang terbuku dalam naluri hati ini tetapi aku sebagai umat Islam hanya menegur setakat mana yang aku mampu. Kenapalah manusia selalu mencari kesalahan orang? Yess, aku akui jugak aku pun suke aja mencari kesalahan orang sebelum aku mencari dimana silapnya aku ini. Tetapi Allah akan menerima orang2 yang bertaubat bukan? SEDARLAHH! kita di akhir zaman. Masih tidak tergambar kah anda bahawa tanda-2 kiamat acapkali berlaku di negara kita malahan dunia yang fana ini? Bersediakah kita dengan amalan yang kita pegangkan ini untuk kita menjunjung di padang Mahsyar? Ohhh =.= aku lupa nak cakap, aku faham dan aku juga akui zaman orang yang meningkat remaja ni die nakkan naluri dicintai dan mencintai. Tetapi Allah mau meneka sejauh mana kita bersabar sebelum kita diijabkabulkan. Malu aku sebagai seorang perempuan apabila aku melihat di laman sosial seperti facebook, Perempuan yang over. Lelaki xdala mana pun. Aku over jugakla. dahh puas cari kelemahan aku? hmmm -.- aku malas la nak fikir sume nih, kalaw nak diikutkan hati aku nak pegi je jauh-2 tempat yang membuatkan aku peaceful. Yelahh, sekarang aku x taw syaitan mana yang merasuk aku sehinggakan aku alpa pada Pencipta aku. Meninggalkan solat itu sudah menjadi kebiasaan orang zaman sekarang kan? sedangkan kita tidak perlu melakukan solat itu dalam masa yang panjang. Mengapa kita pertikaikan ? BERMAIN facebook 24 jam sehari boleh pulak, Mendengar lagu sehari suntuk boleh pulak, lame kowt sehari tu. Tetapi kenapa solat sering kita tinggalkan? kerana ada orang yang ke dua akan memberi risikan dan rasukan dan godaan untuk kita meninggalkan solat. Jangan megah sangat la tinggal solat sesuka hati kerana syurga kau dapatke? *sinis. Jangan megah sangatla kalau ada yang tidak ganti puasa tu seandainya perkara itu Dilaknat ALlah, tuhan yang mencipta kau itu? daripada setitis air mani yang hina dan jijik kau dijadikan. Masih lagi kau megah wahai makhluk Allah yang disayangi Allah malah dikasihi nabi? Mengapa kita sering melalaikan diri ini untuk ibu ayah kita? Sedangkan yang melahirkan kita itu ibu kita sendiri sahabat! Apa perasaan mereka apabila melihat anak yang mereka kandungkan dengan titik peluh dengan harapan anak aku ini anak yang baik untuk membimbing aku dengan perangai kita yang tak ubah seperti seekor haiwan? Yeahhh, aku mengutuk diriku sendiri. Memang aku yang terkutuk kerana aku alpa siapa yang melahirkan aku, Aku tidak layak bersama orang-2 beriman tetapi selagi roh ada dikandung badan ! aku akan pertahankan balik maruah ISLAM. AKU panggil aku haiwan kerana aku diberi akal oleh Pencipta tetapi tak mampu nak berfikir. ASTARGFIRULLAHALAZIM. yeahhh! aku akui jugak yang aku ni penah ber-chatting dengan kaum adam. Aku hampir tergoda dan tertidur disaat mereka-2 disana mengayatkan aku dengan kata-2 manis, janji-2 manis. Sesungguhnya kawan-2 itu semua dusta. Fikirlah perasaan mak ayah dulu sebelum kita fikirkan perasaan orang yang kita sayangi. Perempuan yang baik untuk lelaki yang Baik. Cukuplah itu yang aku terangkan. marilah kita mendidik diri kita untuk menjadi seorang yang baik untuk mendapat orang yang baik. iKHLASLAHH dalam melakukan setiap perkara tanpa mengira balasa dari orang lain. Kadang2 orang zaman sekarang ni ingat esok-2 aku nak mati baru aku taubat lah. Yang aku nak tnya sekarang kau tahu ke bile kau nak mati? Kau tanya pi la bomoh mana pun dia x kan tahu bile tarikh kau nak mati kerana perkara ini hanya Allah yang tahu. mARILAH KITA RENUNG-RENUNGKAN KESALAHAN DIRI, KESILAPAN, DAN KEALPAAN DIRI sebelum kita menilai diri sesorang. Salamualaik!

Niat di hati :)


Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh, aku nak ckp trus je la. Aku nanak sangata cita-2 aku yang satu tu tercapai, aku x taw kenapa perasaan tu membuak-2 di dada! Kadang-2 perasaan tu buat aku x senang dudok taw x. tapi, hanya satu ja yang aku pinta iaitu berdoa kepada yang Esa, hanya dia yang membuat keputusan samada cita-2 ku menjadi kenyataan atau disebaliknya. Ya Allah! sungguh kuat penangan Mu untuk aku terus mendamba kan sesuatu yang aku x pasti. Aku sangat memerlukan hidayah dari Mu Ya Allah. Bukan aku hendak lari dari kesilapan , namun hakikatnya aku yang terasa dengan orang di sekeliling ku. ada ja perkara yang menyayat hati. Aku berdoa agar cita-2 menjadi kenyataan . InsyaAllah :)
ARIL RAINBOW HR..